Sambutan Hari Warga Emas 2026 tekan kepentingan konsep penuaan sihat

SRI AMAN – Sambutan Hari Warga Emas 2026 Peringkat Hospital Sri Aman memberi penekanan khusus kepada konsep penuaan sihat menerusi pelbagai zon saringan serta penilaian kesihatan yang komprehensif.

Timbalan Pengarah Hospital Sri Aman, Dr Naquib Akmal Kassim berkata, program itu dijayakan hasil kerjasama erat antara Jabatan Psikiatri, Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja hospital berkenaan.

Menurut beliau, inisiatif tersebut sangat bertepatan memandangkan Malaysia kini sedang melalui fasa perubahan demografi penduduk yang amat ketara.

Beliau memetik data Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan golongan berumur 65 tahun ke atas kini merangkumi 8.0 peratus daripada populasi negara.

“Malaysia juga dijangka menjadi sebuah negara menua menjelang 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas melebihi 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk,” katanya.

Jelas beliau, perubahan itu mencerminkan peningkatan jangka hayat dan kemajuan sistem kesihatan, namun ia menuntut kesiapsiagaan semua pihak.

Katanya, penjagaan warga emas masa kini tidak lagi tertumpu kepada rawatan penyakit semata-mata, sebaliknya merangkumi aspek fizikal, kognitif, emosi, dan sosial.

Selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), program tersebut menyediakan pelbagai zon saringan termasuk Zon Saringan Fizikal, Fungsi Harian, Kognitif, dan Saringan Ubat-Ubatan.

Beliau berharap penganjuran itu bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah mampu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan golongan warga emas.

Related Posts

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

MARAN – Penampilan istimewa kontinjen Orang Asli mencuri tumpuan pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Jengka, yang berlangsung hari ini. Kontinjen seramai 20 orang berusia antara 14 hingga 43 itu adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari