Ibu bapa galas tanggungjawab pelihara bahasa etnik elak pupus – Prof Ting Su Hie

KUCHING – Ibu bapa dan golongan dewasa memikul tanggungjawab utama dalam memastikan kelangsungan bahasa etnik serta dialek tempatan agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Ting Su Hie menegaskan bahawa usaha pemeliharaan warisan itu tidak seharusnya diletakkan di bahu kerajaan atau sistem pendidikan semata-mata.

Menurut pakar sosiolinguistik itu, langkah pencegahan yang paling berkesan adalah dengan mula mempertuturkan bahasa ibunda kepada anak-anak di rumah sejak dari usia bayi.

“Masa depan sesuatu bahasa itu tidak bergantung kepada dasar, bilik darjah, mahupun aktiviti kebudayaan semata-mata.

“Kuasa sebenar untuk mengekalkan dan menyambung hayat bahasa ini terletak di tangan kita sendiri,” katanya menerusi Syarahan Perdana ‘Language Choice and Power’ di Panggung Eksperimental Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau mematahkan mitos dan persepsi masyarakat yang bimbang kononnya pendedahan kepada terlalu banyak dialek akan mengelirukan atau menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak.

Jelasnya, bayi dan kanak-kanak sebenarnya mempunyai keupayaan kognitif yang hampir tidak terhad untuk mempelajari pelbagai bahasa sebelum mereka mencecah usia lima tahun.

“Secara kognitifnya, penguasaan pelbagai bahasa adalah sangat baik untuk perkembangan otak kanak-kanak.

“Ia bukan sahaja membina kemahiran menyelesaikan masalah, malah membantu mereka untuk kekal fokus dengan lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Su Hie mengibaratkan kemampuan menyerap bahasa baharu tanpa melupakan bahasa asal itu seperti paruh burung undan (pelican) yang mampu mengembang, atau dikenali sebagai additive bilingualism.

Namun begitu, beliau menzahirkan kebimbangan terhadap trend ‘bilingualisme tolakan’ (subtractive bilingualism) yang semakin menular dalam sesetengah komuniti terutama generasi masa kini di bandar.

Tambah beliau, generasi masa kini di bandar yang semakin hilang keupayaan menuturkan dialek asal akibat asimilasi budaya luar.

Justeru, pengarang buku Language Choice and Power itu menyeru seluruh masyarakat khususnya di Sarawak agar terus berkomunikasi dalam bahasa etnik masing-masing bersama anak dan cucu.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan