Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

JEMPOL – Pakatan Harapan (PH) optimis sentimen dalam kalangan pengundi atas pagar dilihat akan terus memihak dan memberi sokongan kepada gabungan itu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan perkembangan semasa, reaksi yang diterima daripada golongan pengundi itu adalah positif dan memberi keyakinan kepada gabungan itu untuk terus memperkukuh memenangkan calon di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kemenangan mana-mana calon atau parti tidak ditentukan oleh kajian atau ramalan politik, sebaliknya bergantung kepada pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.

“Yang akan memenangkan mana- mana calon ataupun mana-mana parti dalam Pilihan Raya adalah pengundi yang keluar untuk mengundi. Bukan kajian, bukan paranujum, tapi adalah pengundi.

“Setakat ini, bila kita lihat mood terutama di kalangan pengundi atas pagar agak positif dan semuanya terpulang kepada pengundi untuk buat keputusan.

“Kita jangkakan pada hari Sabtu, SPR meletakkan mungkin 75 peratus ataupun 70 peratus yang akan keluar mengundi. Itu satu sasaran agak baik dan kita jangkakan ramai yang mungkin dari luar yang akan balik ke kampung halaman untuk mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada minum petang bersama komuniti Felda Bukit Rotan Barat yang turut dihadiri oleh calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G Manivannan, pada Selasa.

Fahmi ditanya berkenaan ramalan bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang mana Barisan Nasional (BN) mampu memenangi sehingga 25 kerusi pada PRN Negeri Sembilan kali ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berpandangan, kenyataan Kian Ming itu dilihat sebagai cabaran kepada semua calon PH untuk terus memperhebat usaha menyantuni rakyat, khususnya pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan solid dalam menyokong gabungan itu.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi menegaskan, rekod pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menyaksikan peningkatan hasil negeri, simpanan, kutipan zakat dan pelaburan membuktikan kerajaan PH mempunyai prestasi yang boleh dinilai sendiri oleh rakyat.

“Kita dah lihat bagaimana pentadbiran bawah Tok Min (Aminuddin) berjaya, bukan hanya menyelesaikan banyak perkara, hasil meningkat, simpanan meningkat, zakat meningkat, pelaburan meningkat, tidak berlaku apa-apa masalah melibatkan skandal mencuri duit rakyat ataupun perkara-perkara yang mungkin pernah berlaku sebelum-sebelum ini.

“Tok Min tidak ada apa-apa isu, contoh, menghantar duit ke luar negara. Tidak ada isu-isu seperti itu. Alhamdulillah, beliau seorang yang sangat merendah diri. Kita lihat
sekarang, walaupun ada kenyataan nak lanyak dia, kenyataan agak kasar, tapi beliau sempoi terus buat kerja,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah