Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah.

Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan hukuman tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai suatu bentuk pembalasan.

Sebaliknya, baginda bertitah, ia sebagai instrumen untuk membina keinsafan, memperbaiki akhlak serta memulihkan pesalah kembali menghayati nilai-nilai Islam dan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

“Kita sedang melangkah ke era baharu dalam pembangunan perundangan syariah yang menuntut pendekatan lebih progresif dan berorientasikan pemulihan.

“Ia (hukuman) alternatif bagi kesalahan syariah yang bersesuaian, selaras peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Pendekatan ini bukan saja memberi manfaat kepada masyarakat, malah memperkukuhkan fungsi sistem keadilan syariah sebagai wadah mendidik, membimbing dan memulihkan.

“Saya berharap perbincangan itu (mengenai hukuman) menghasilkan keputusan yang tuntas, praktikal dan berpandangan jauh demi memperkukuhkan pentadbiran keadilan syariah di Pahang,” titah baginda ketika berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-199, di sini, hari ini.

Titah itu disiarkan melalui Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut merakamkan ucapan tahniah kepada Majlis Kesultanan Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang serta Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang atas penganugerahan Sijil Pengiktirafan Unggul Sistem Pengurusan Integriti dan Governans 2026.

Baginda menyifatkan pengiktirafan itu sebagai bukti komitmen berterusan agensi-agensi kerajaan negeri dalam memperkukuh tadbir urus, membudayakan integriti, serta melaksanakan inisiatif pencegahan rasuah secara sistematik dan berkesan demi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan