Ahmad Faez pertaruh pengalaman usahawan demi kesejahteraan rakyat Labu

LABU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak bertekad memanfaatkan pengalaman lebih dua dekad sebagai usahawan untuk membawa pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan itu.

Beliau berkata, pengalaman mengurus perniagaan banyak membentuk nilai kepimpinan yang diperlukan dalam memikul amanah sebagai wakil rakyat, termasuk aspek disiplin, kesabaran, pengurusan masa dan kewangan.

“Ramai melihat perniagaan hanya sebagai medan untuk mengejar keuntungan, tetapi bagi saya, perniagaan adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Ia mengajar saya nilai kesabaran, pengurusan masa, pengurusan kewangan dan tanggungjawab. Semua nilai ini penting dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya kepada The Malaysia Press selepas program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Ahmad Faez berkata, penglibatannya dalam politik bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya didorong oleh keinginan untuk memperluaskan khidmat kepada masyarakat melalui platform yang lebih besar.

Menurutnya, beliau turut menerima bimbingan daripada beberapa pemimpin berpengalaman yang banyak membentuk pemahaman dan pendekatannya dalam dunia politik.

“Saya percaya amanah yang diberikan rakyat perlu digalas dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Pengalaman dalam dunia perniagaan menjadi bekalan penting untuk saya berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan, Ahmad Faez yang mewakili PKR berdepan pertandingan tiga penjuru di DUN Labu menentang penyandang, Mohamad Hanifah Abu Baker daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Barisan Nasional (BN), Siti Nur Umaira Hasim.

Related Posts

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

SEREMBAN – Istana Negeri Sembilan menegaskan sebarang dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan mana-mana parti politik adalah tidak benar. Menerusi kenyataan media dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, semua parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

ROMPIN – Ketiadaan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan pencahayaan jalan yang tidak menyeluruh antara keluhan penduduk di Rompin yang disifatkan masih berdepan kekangan kemudahan asas. Pemandu lori, Hissam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

Jangan kaitkan institusi diraja dalam kempen PRN – Istana Negeri Sembilan

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

RCI Tabung Haji: Kalau salah mesti didakwa – Anwar

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Jalan gelap, ATM jauh jejas kehidupan harian penduduk Rompin

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Kisah Tompok cerminan nilai kemanusiaan dan keprihatinan warga Miri

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion