KMKK tonggak utama kelestarian alam sekitar peringkat akar umbi

LIMBANG – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyarankan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) menjadi barisan hadapan bagi memelihara alam sekitar peringkat akar umbi.

Beliau berkata, pembangunan sebenar bukan sekadar diukur melalui pertumbuhan ekonomi fizikal, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan kesejahteraan rakyat serta pengurusan sumber asli secara lestari.

Menurutnya, pendekatan itu selaras dengan hala tuju Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang menjadi asas kepada usaha menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

“Setiap pembangunan yang dilaksana kerajaan negeri sentiasa mengambil kira keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan KMKK Dalam Penjagaan Alam Sekitar ke Arah Pembangunan Mampan Daerah Limbang 2026 di Dewan St Edmund pada Isnin.

Dalam pada itu, Awang Tengah berkata Sarawak terus memperkukuh komitmen pemeliharaan alam sekitar menerusi pelbagai inisiatif termasuk memperluas Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) dan Estet Hutan Kekal (PFE).

Beliau memaklumkan, sehingga kini sebanyak 879,478 hektar kawasan telah diwartakan sebagai TPA, manakala 4.149 juta hektar sebagai PFE dengan kira-kira 62 peratus keluasan Sarawak masih diliputi hutan.

Tambahnya, lebih 57 juta pokok telah ditanam menerusi program penghijauan negeri, sekali gus merekodkan jumlah penanaman tertinggi di Malaysia.

Mengulas mengenai peranan KMKK, beliau menyifatkan golongan itu sebagai penghubung penting dan pihak terawal yang akan menyedari sebarang isu pencemaran alam di kawasan masing-masing.

“Justeru, maklumat yang disalurkan membolehkan tindakan segera diambil oleh agensi kerajaan. Sebab itu saya melihat KMKK bukan sekadar wakil masyarakat, malah rakan strategik kerajaan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak atas komitmen berterusan menganjurkan program kesedaran yang memperkukuh kerjasama kerajaan dan rakyat dalam memelihara khazanah alam.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India