Akibat campur tangan politik berlebihan, FELDA rugi RM10 bilion

TAMPIN – FELDA mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat salah urus serta campur tangan politik yang berlebihan walaupun agensi itu suatu ketika dahulu muncul sebagai syarikat perladangan terbesar di dunia dan mencatat keuntungan berbilion ringgit setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas kembali memegang tampuk pentadbiran negara, laporan yang diterimanya menunjukkan FELDA menanggung hutang hampir RM10 bilion, sekali gus memaksa kerajaan menanggung beban kewangan yang besar setiap tahun.

“Lapan tahun yang lalu, timbul perubahan keputusan. Campur tangan politik berlebihan. Akhirnya, yang untung 10 bilion itu sekarang dah rugi.

“Saya sekarang ambil alih dan jaga FELDA. Sebab apa? Kali terakhir saya menjadi Perdana Menteri, saya dapat laporan FELDA berhutang hampir RM10 bilion. Ini bukan politik, ini kenyataan,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, FELDA ketika diterajui tokoh seperti Raja Alias (bekas Pengerusi Felda Tun Raja Muhammad Alias Raja Muhammad Ali) dan Allahyarham Tan Sri Taib Andak diurus dengan cekap sehingga menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia serta menjana keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.

Menurut beliau, punca masalah itu bukan kerana peneroka tidak bekerja keras, sebaliknya disebabkan individu yang diberi amanah mengurus agensi berkenaan mengkhianati kepercayaan diberikan.

“Peneroka tak bekerja kuat? Tidak. Masalahnya orang yang diamanah itu khianat kepada amanah. Ini kenyataan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata, generasi muda yang akan mewarisi negara bertanggungjawab mempertahankan keamanan dan tidak membenarkan unsur yang memecahbelahkan masyarakat terus berkembang.

“Negara akan terus selamat sekiranya kedudukan kepimpinan Melayu, institusi Raja-Raja Melayu serta kepimpinan dalam pelbagai institusi utama negara terus dipertahankan dengan berlandaskan integriti dan amanah,” katanya.

Related Posts

Lawatan China: Anwar fokus kerjasama ekonomi, pelaburan dan TVET

SHANGHAI – Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan kerja beliau ke China hari ini dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, pelaburan dan pembangunan kemahiran. Perdana Menteri dijadual mengadakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar yakin 22 anak muda mampu serlah bakat TVET di Shanghai

SHANGHAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap kemampuan 22 anak muda Malaysia yang membawa cabaran negara pada Pertandingan Kemahiran Dunia Shanghai 2026. Beliau berkata, penyertaan mereka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belum masa Abang Jo bersara, rakyat Sarawak mahu beliau pimpin hingga 2030 – Abdullah

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Belanjawan Sarawak dijangka catat lebihan, AI dan infrastruktur luar bandar jadi tumpuan

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar

Lelaki ditemukan maut selepas terjatuh dari bangunan pasar