Jalan gelap antara isu dibangkitkan penduduk DUN Chembong

REMBAU – Isu infrastruktur termasuk jalan yang gelap antara perkara yang dibangkitkan penduduk sepanjang kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Danish Nazran Murad.

Danish berkata, selain isu berkenaan, terdapat beberapa kemudahan asas lain yang memerlukan penambahbaikan, namun permasalahan yang dihadapi penduduk berbeza mengikut lokaliti.

“Antara perkara yang menjadi perhatian masyarakat adalah isu infrastruktur, jalan gelap dan beberapa infrastruktur lain yang perlu dibangunkan.

“Situasi juga berbeza mengikut lokaliti kerana setiap kampung mempunyai isu tersendiri. Jadi, banyak perkara yang disuarakan penduduk ketika kita turun bertemu mereka,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), di sini pada Isnin.

Beliau berkata, memasuki minggu kedua berkempen turun berkempen termasuk menerusi program walkabout dan ziarah kasih, maklum balas diterima daripada masyarakat setempat secara keseluruhannya adalah positif.

Katanya, walaupun terdapat pengundi yang menyatakan sokongan berbeza, perkara itu adalah hak masing-masing dalam menentukan pilihan pada pilihan raya.

“Secara keseluruhannya, saya boleh katakan maklum balas yang diterima adalah positif. Kita faham ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong, tetapi itu hak pengundi untuk menentukan pilihan mereka,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India