Jenayah vandalisme di Sarawak semakin serius, seru peranan media didik masyarakat

KUCHING – Jenayah vandalisme dan kecurian utiliti di Sarawak kini berada pada tahap membimbangkan sehingga kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi bagi membina tembok keselamatan khusus.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerosakan serta kecurian kabel elektrik dan gentian optik kini kerap berlaku tanpa mengira baik kawasan bandar mahupun luar bandar.

Susulan itu, pihak kerajaan menerusi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) terpaksa membina tembok perimeter setinggi tiga meter berserta kawat duri di menara-menara telekomunikasi berisiko.

“Bagi membina tembok (keselamatan) sebegitu rupa, ia menelan kos lebih RM100,000 untuk satu lokasi.

“Sebagai contoh di Sungai Rayah, Bintangor, kita terpaksa membina tembok ini selepas tapak berkenaan diceroboh dan dicuri sebanyak lima kali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ancaman jenayah vandalisme terhadap infrastruktur kemudahan awam di negeri ini pada Isnin.

Tambah beliau, langkah pencegahan drastik yang sama turut dilaksanakan di empat lagi lokasi menara pintar lain bagi mengekang insiden terbabit daripada berulang.

Mengulas lanjut, Julaihi menjelaskan bahawa impak jenayah itu amat besar kerana ia secara langsung menjejaskan perkhidmatan bekalan elektrik, telekomunikasi, dan air kepada rakyat.

Menurutnya, komponen bernilai seperti kabel kuprum sering menjadi sasaran utama pencuri berikutan harga jualannya yang tinggi di pasaran.

Justeru, beliau menyeru penglibatan pihak media bagi membantu memupuk kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat memandangkan isu tersebut tidak boleh diselesaikan melalui tindakan penguatkuasaan semata-mata.

“Kempen anti-vandalisme telah dilancarkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sejak dua tahun lepas dan kita masih meneruskannya pada pelbagai peringkat bagi meminimumkan impak jenayah ini,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar