Sarawak saran penggunaan AI bertanggungjawab bina kepercayaan digital

KUCHING – Masyarakat dan pemain industri disaran agar menguruskan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) secara bertanggungjawab bagi membina dan mengukuhkan tahap kepercayaan digital.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, langkah beretika itu amat penting untuk memastikan teknologi berkenaan memberi manfaat holistik kepada manusia.

Menurut beliau, penggunaan AI tanpa kawalan dibimbangi boleh mewujudkan impak negatif terhadap kelangsungan hidup masyarakat secara keseluruhannya.

“Teknologi (AI) ini memberi kesan kepada kehidupan semua pihak dari segenap aspek.

“Oleh itu, kita perlu menggunakannya secara bertanggungjawab untuk memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada kemanusiaan dan tidak membawa kesan buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran berkaitan integriti digital dan persepsi masyarakat terhadap penggunaan teknologi tersebut pada Isnin.

Mengulas lanjut, Julaihi menegaskan pembinaan persepsi positif dan kepercayaan awam adalah kunci utama dalam menjayakan agenda digitalisasi negeri.

Jelasnya, ketiadaan rasa yakin dalam kalangan masyarakat akan menyukarkan usaha kerajaan untuk mengintegrasikan teknologi canggih di peringkat akar umbi.

“Ini semua adalah berkaitan dengan persepsi. Kalau masyarakat tidak percaya, sukar juga untuk kita laksanakan (inisiatif digital).

“Maknanya, kita mesti mempunyai dan membina kepercayaan tersebut terlebih dahulu dalam pelbagai perkara,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar