Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar.

Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi serta teknologi pertanian lestari yang selari dengan keperluan industri semasa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, lebih RM55 juta diperuntukkan bagi pembangunan institusi tersebut, yang dijangka membuka peluang pendidikan alternatif kepada lepasan sekolah, golongan belia dan masyarakat setempat.

“Keputusan meluluskan projek berkenaan dimuktamadkan di peringkat kementerian dan kerja pembangunan akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

“Saya juga telah memaklumkan pihak POLYCC untuk memulakan kerja-kerja seterusnya, termasuk perancangan rapi pelaksanaannya, dan saya harap ia dapat dilaksanakan dalam tempoh satu hingga satu setengah tahun dari sekarang,” katanya, lapor Bernama.

Tambah beliau, selain menawarkan latihan kemahiran teknikal, kolej komuniti itu turut berperanan sebagai pusat pembangunan komuniti melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat, kursus keusahawanan, latihan Pertanian Pintar serta aplikasi Agro Revolusi Perindustrian Keempat.

Pendekatan tersebut dijangka mampu melahirkan tenaga kerja mahir yang berupaya mengaplikasikan teknologi moden, sekali gus meningkatkan produktiviti sektor pertanian serta taraf hidup masyarakat setempat.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi atas kelulusan projek yang telah lama dinantikan itu.

“Setinggi-tinggi terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana mempercepatkan kelulusan Kolej Komuniti Jelai yang telah lama dimohon dan hari ini menjadi kenyataan melalui majlis pecah tanah,”katanya selepas Majlis Pecah Tanah Kolej Komuniti Jelai di Dataran Santuari Eco Gahai, Lipis, hari ini.

Kolej Komuniti ke-11 di Pahang itu dijangka mampu menampung sekurang-kurangnya 240 pelajar dalam bidang pertanian moden dan teknologi berkaitan.

Penubuhannya mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam memperkukuh ekosistem TVET negara, di samping memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati masyarakat tanpa mengira lokasi geografi.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET