Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

MOHAMAD Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara kategori 60 kilogram (kg), lewat petang tadi.

Atlet berusia 24 tahun itu turut memecahkan dua rekod temasya menerusi acara clean&jerk serta jumlah angkatan keseluruhan apabila mengumpul 273kg hasil angkatan 121kg dalam snatch dan 152kg dalam clean& jerk.

Pingat perak menjadi milik atlet dari India, Rishikanta Singh dengan jumlah angkatan keseluruhan 264kg manakala wakil Kenya, Joshua Amunga Mboya membawa pulang gangsa, 260kg.

Aniq memulakan saingan acara snatch dengan angkatan 116kg pada percubaan pertama, menyamai beban yang dipilih pencabar utamanya Rishikanta.

Kedua-dua atlet memilih angkatan 119kg pada percubaan kedua dan berjaya menyempurnakan percubaan masing-masing.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan