Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Pengundi Negeri Sembilan disaran untuk memberi peluang sekali lagi kepada gabungan parti politik yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang.

Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Sains Sosial, Universiti Antarabangsa Albukhary, Profesor Madya Dr Norizan Azizan berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun perlu dikekalkan bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan.

Menurut beliau, kemenangan Pakatan Harapan (PH) penting bagi memastikan kestabilan politik negeri selain menjamin sokongan berterusan Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagi kestabilan di peringkat nasional pula, kemenangan PH di negeri itu pastinya mampu meredakan ura-ura DAP meletakkan jawatan daripada semua jawatan politik di peringkat Persekutuan, memastikan Kerajaan Madani kekal utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Jadi, PRN Negeri Sembilan kali ini boleh dianggap amat penting untuk mencorakkan senario politik negara ketika negara berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Sementara itu, Norizan berkata, pengundi di Negeri Sembilan, khususnya golongan muda, perlu membuat pilihan bijak dalam menentukan gabungan politik terbaik untuk menerajui pentadbiran negeri bagi penggal seterusnya.

“Keputusan itu penting bagi memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara, selain membolehkan pentadbiran kerajaan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat dan pembangunan Negeri Sembilan.

“PRN Negeri Sembilan ini dilihat penting untuk mencorakkan landskap politik negara yang ketika ini berdepan pelbagai cabaran dalam dan luar negara sehingga kerajaan memutuskan untuk mengadakan PRU16,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, beliau mahu parti itu terus kekal dalam Kerajaan Persekutuan, namun akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat perwakilan pada Kongres DAP, 16 Ogos ini.

Loke berkata, perkara itu akan diputuskan melalui undi sulit membabitkan kira-kira 3,000 hingga 4,000 perwakilan dan beliau akan menghormati keputusan berkenaan walaupun  bertentangan dengan pendirian kepimpinan parti.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar