Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

BENTONG – Enam lelaki termasuk dua remaja maut selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan lori satu tan di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, berhampiran Klinik Desa Jambu Rias, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu, semua mangsa berusia antara 15 hingga 25 tahun yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi akibat tersepit selepas kenderaan dinaiki mengalami rempuhan kuat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan jam 4.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak bergegas ke lokasi.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.32 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Toyota Vios serta sebuah lori satu tan.

“Enam mangsa lelaki yang menaiki Toyota didapati tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya, lapor Berita Harian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai V Mugilan, 25; K Dinesvaran, 21; K Alaganathan, 20; A Kanabati Raja, 18; S K Kiisyen, 16 dan M Paranthaman, 15.

Menurutnya, pemandu lori satu tan, Muhamad Hanafi Ahmad Raju, 3), cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, anggota bomba bertindak memberikan rawatan awal serta mengeluarkan semua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas penyelamatan iaitu Rescue Tool dan Combi Tool.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi membabitkan tujuh anggota BBP Karak dengan bantuan sembilan anggota BBP Mentakab berjaya dikawal pada jam 5.57 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi.

Related Posts

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

SHAH ALAM – Selangor mencatat perkembangan positif dalam pengurusan bekalan air apabila negeri itu tidak mengalami gangguan air berskala besar sejak tahun lalu susulan pelaksanaan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

MARAN – Polis mengesahkan sehingga kini tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk Kampung Chot di sini berhubung dakwaan beberapa rumah penduduk dibakar pihak pemaju. Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran