Jawapan buat Asraf Wajdi, peruntukan negeri jelas MB Negeri Sembilan mestilah Melayu Islam

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipersoal adakah beliau benar-benar tidak mengetahui tentang peruntukan undang-undang atau sengaja mahu mengelirukan pengundi dengan memetik nama Anthony Loke sebagai bakal Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Perkara 36(2) Akta Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri Besar yang dilantik oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mestilah seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Justeru katanya, bagaimana boleh timbul pertanyaan bahawa ada kemungkinan Setiausaha Agung DAP akan menjadi MB Negeri Sembilan.

“Ini bukan soalan tafsiran politik, ini adalah peruntukan undang-undang negeri dan Akta Tubuh Kerajaan Negeri.

“Jadi macam mana boleh timbul dakwaan bahawa ada kemungkinan Anthony Loke akan menjadi MB Negeri Sembilan.

“Adakah Asyraf Wajdi benar-benar tidak mengetahui kandungan Akta Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan atau sengaja untuk memilih mengelirukan rakyat demi meraih undi,” soalnya dalam satu perkongsian video di X hari ini.

Semalam, Asyraf Wajdi mempersoalkan siapa individu bakal dilantik PH sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika kembali mentadbir manakala Aminuddin kalah di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Secara sinis, Asyraf Wajdi mempersoalkan sama ada PH akan melantik Loke sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Abu Hafiz mengkritik penggunaan politik berasaskan ketakutan sehinggakan apabila tidak mampu berhujah mengenai dasar, prestasi dan tawaran kepada rakyat, ada pihak memilih memainkan sentimen yang tidak berasaskan fakta.

“Bila sudah tidak mampu berbahas tentang dasar, prestasi dan tawaran kepada rakyat, maka ditimbulkanlah politik yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan isu yang sebenarnya tidak ada asas sama sekali.

“Saya mengajak semua pihak agar berkempen secara lebih berhemah dan bermaruah. Bincangkan masa depan ekonomi Negeri Sembilan, peluang pekerjaan, pelaburan, kos sara hidup, dan penyelesaian masalah rakyat

“Bukannya memainkan sentimen yang bercanggah dengan fakta dan undang-undang. Sebab itu saya mengingatkan semua berpadalah dalam berkempen dan jangan melampau,” tegasnya lagi.

Related Posts

Rakyat berilah undi pada PH demi kestabilan, pembangunan Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Pengundi Negeri Sembilan disaran untuk memberi peluang sekali lagi kepada gabungan parti politik yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi penggal akan datang. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas perlu contohi kepimpinan AMANAH – Vigneswaran

MIC menyarankan Pas mencontohi AMANAH yang walaupun memperjuangkan Islam, tetapi tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengguris perasaan masyarakat Cina dan India di negara ini. Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Selangor catat rekod tanpa gangguan air berskala besar selepas SJAM beroperasi

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Polis tidak terima laporan rumah Orang Asli dibakar

Enam maut kemalangan kereta, lori satu tan