Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang memiliki 20 rekod jenayah lampau tumpas selepas dicekup bersama pelbagai jenis dadah di Jalan Sultan Tengah pada malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek tempatan berusia 63 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Santubong pada jam 9.15 malam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan terhadap suspek telah membawa kepada penemuan 48 biji pil disyaki Erimin 5 seberat 15.67 gram dan dadah jenis metamfetamin seberat 1.15 gram.

“Nilai pasaran keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM1,086,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu bahawa ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Beliau menambah, kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 39C(2) akta yang sama kerana kesalahan penggunaan dadah secara berulang,” jelas beliau.

Tegasnya lagi, pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam sebarang aktiviti pemilikan, pengedaran, atau melindungi sindiket dadah.

Related Posts

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

IPOH – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri, 38, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Perak selepas memperoleh 33 undi Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

TAWAU – Penjaja buah-buahan dan makanan di bahu Jalan Apas diarah berpindah ke Pasar Batu 14, Jalan Apas dengan serta-merta. Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi notis memaklumkan, kawasan bahu jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

  • By Fatin
  • September 10, 2026
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

  • By Fandi
  • September 10, 2026
56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi