KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperhebat usaha membanteras penyelewengan barang kawalan menerusi Operasi Bersepadu (Ops Tiris 4.0) apabila berjaya mengesan dan menyita lebih satu tan barang kawalan yang disimpan di sebuah premis tidak berlesen di sekitar perairan Pulau Sibogoh, Pulau Banggi, berhampiran sempadan negara.

Ketua Cawangan KPDN Cawangan Kudat, Nazatul Shima Karim berkata, operasi bersepadu (serbuan) itu dilaksanakan hasil risikan oleh anggota Penguat Kuasa KPDN Cawangan Kudat dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Kudat, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Ops Tiris 4.0 tahun 2026 bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot berhampiran kawasan perairan yang dipercayai menjadi lokasi penyimpanan dan pengedaran barang kawalan secara tidak sah.

“Hasil operasi ini juga telah membawa kepada satu tindakan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Semasa serbuan dijalankan, seorang lelaki tempatan didapati menyimpan barang kawalan iaitu Gula Kasar sebanyak 432 kilogram, Minyak Masak paket (1kg) sebanyak 408 kilogram dan Tepung Gandum sebanyak 210 kilogram di premis yang tidak dilesenkan,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, lelaki berkenaan telah dilepaskan dengan jaminan pihak polis bagi membantu siasatan lanjut, manakala kesemua barang kawalan yang terlibat telah disita oleh pihak KPDN dan tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“KPDN akan mengambil tindakan penguatkuasaan secara tegas, menyeluruh dan tanpa kompromi terhadap mana-mana individu atau sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan.

“Sebarang cubaan menyalahgunakan subsidi kerajaan atau melanggar peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961 tidak akan dilindungi dan akan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” ujarnya.

Tambah Nazatul, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan dan lebih agresif, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi berlakunya aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan.

“Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Kudat atas kerjasama strategik yang diberikan dalam menjayakan operasi ini, termasuk dari aspek keselamatan anggota, sokongan logistik serta bantuan operasi di lapangan.

“KPDN menegaskan bahawa Ops Tiris 4.0 akan terus dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi penguat kuasa bagi memastikan bekalan barang kawalan negara tidak diseleweng, sekali gus melindungi kepentingan pengguna serta memastikan subsidi kerajaan dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak,” jelasnya.

Related Posts

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

KUCHING – Syarikat penerbangan AirBorneo Airways (AirBorneo) melakar sejarah baharu apabila secara rasminya melancarkan laluan penerbangan antarabangsa pertama menghubungkan bandar raya ini dengan Singapura. Pelancaran bersempena dengan kemeriahan sambutan Hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KUCHING – Seorang lelaki warga emas yang memiliki 20 rekod jenayah lampau tumpas selepas dicekup bersama pelbagai jenis dadah di Jalan Sultan Tengah pada malam Khamis. Ketua Polis Daerah Kuching,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

Warga emas miliki 20 rekod jenayah dicekup bersama dadah

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

KPDN tumpaskan cubaan simpan barang kawalan secara tidak sah di Pulau Banggi

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Tuanku Muhriz berkenan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek Yamtuan Raden

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik

Selangor diiktiraf UN Women model ‘bandar penyayang’ Asia Pasifik