Pahang cadang satu lot khas tadika untuk tiap projek perumahan baharu

ROMPIN – Kerajaan Pahang bercadang mewujudkan lot khas bagi pembinaan tadika di setiap projek perumahan baharu yang dibangunkan di negeri ini bagi memastikan kemudahan pendidikan awal kanak-kanak mudah diakses oleh penduduk.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) akan mempertimbangkan untuk menyediakan lot sebagai tapak khas pembinaan tadika.

“Sebab kita tak nak orang ni kadang-kadang salah guna rumah. Ada orang memang memerlukan rumah, ada orang dia beli rumah, dia buat tadika.

“Jadi untuk itu saya dah beritahu kepada Ketua Pegawai Eksekutif (LPHP) supaya rumah ini dirizabkan satu, dua rumah corner lot untuk orang boleh buat tadika.

“Contoh akan datang bila ada yang baru (perumahan) dia kena ada rizabkan lot, satu, dua unit untuk kemudahan penduduk supaya dia boleh hantar anak dia.

“Jadi semua itu milik LPHP. Setiap perumahan Projek Residensi Rakyat pun macam tu, Rumah PR1MA Pahang pun macam tu,” katanya, lapor Pahang Media.

Terdahulu, beliau mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Penyerahan Kunci PR1MA Pahang Kampung Gadak Dan Majlis Pelancaran PR1MA Pahang Pelangi Jaya (Fasa 1A) serta PR1MA Pahang Muadzam Shah (Fasa 1) di pekarangan PR1MA Pahang Kampung Gadak, dekat Muadzam Shah, hari ini.

Turut hadir, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir Razali Kassim.

Mohammad Fakhruddin turut memaklumkan kerajaan negeri terus mempergiat pelaksanaan agenda penyediaan rumah mampu milik dengan sasaran pembinaan 25,000 unit rumah di seluruh Pahang dengan kira-kira 9,000 unit telah siap dibina, manakala selebihnya berada pada pelbagai peringkat termasuk perancangan, permohonan kelulusan dan pembinaan.

“Setiap permohonan akan diteliti dengan rapi bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat. Kita juga sentiasa menambah baik proses saringan termasuk aspek kelayakan dan pembiayaan pembeli.

“Sekarang ni macam rumah RRP, dah kita siap lebih kurang dalam 1,300 unit dan bernilai hampir RM100 juta lebih kita belanjakan dan kita berikan secara percuma kepada golongan-golongan yang betul-betul miskin tegar, yang tak ada rumah,” katanya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit