KKR sasar siap dua pakej Pan Borneo Sabah tahun ini

KOTA KINABALU – Dua pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 iaitu WP03 (Beaufort–Bongawan) dan WP04 (Bongawan–Papar) disasarkan siap tahun ini oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), sekali gus mempercepatkan pelaksanaan rangkaian lebuh raya strategik yang menjadi pemangkin pembangunan ekonomi Sabah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sehingga kini empat daripada 35 pakej kerja LPB Sabah Fasa 1 telah siap sepenuhnya, manakala Pakej Kerja 11 (WP11) melibatkan jajaran Rampayan Laut–Sarang kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 61.76 peratus.

“KKR menyeru kerjasama semua pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan Negeri dan syarikat utiliti bagi memastikan Projek LPB Sabah dapat disiapkan mengikut jadual, memenuhi standard kualiti yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut meninjau Pakej Kerja 5 (WP05) Papar–Donggongon yang telah siap sepenuhnya pada 9 Ogos 2024 dan kini dibuka kepada pengguna.

Terdahulu Alexander turut mengadakan lawatan ke MKRM Sabah yang telah dinaik taraf dengan peruntukan RM19.4 juta melalui Kementerian Ekonomi.

“MKRM Sabah kini dilengkapi kemudahan pengujian moden di bawah seliaan CREAM, CIDB Malaysia bagi menyokong keperluan industri pembinaan di Sabah dan Sarawak.

“Makmal berkenaan membolehkan ujian bahan binaan dijalankan di Sabah tanpa perlu menghantar sampel ke Semenanjung Malaysia.

“Sehingga kini, lebih 1,400 pengujian telah dilaksanakan dan makmal itu diiktiraf mengikut piawaian MS ISO/IEC 17025:2017 serta ILAC-MRA,” kongsinya.

Alexander mengadakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Sabah bagi meninjau kemajuan pelaksanaan Projek LPB Sabah Fasa 1, selain melihat sendiri perkembangan Makmal Kerja Raya Malaysia (MKRM) Sabah yang telah dinaik taraf.

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026