Hasil tanah Bagan Datuk lepasi sasaran, kutip cecah RM20.27 juta

BAGAN DATUK – Daerah Bagan Datuk mencatat prestasi cemerlang apabila kutipan hasil tanah bagi tahun 2026 mencecah RM20.27 juta, sekali gus melepasi sasaran RM19.49 juta dengan pencapaian 104 peratus.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pencapaian itu membuktikan keberkesanan pentadbiran hasil tanah daerah serta tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pemilik tanah dan pelabur.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penyerahan replika cek premium tanah daripada tiga pembayar premium tanah tertinggi Daerah Bagan Datuk bagi tahun 2026.

Tiga pembayar tersebut iaitu QL Foods, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Ghadaf Marble, sempena Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak Siri Kelima di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini, pada Isnin.

Katanya, pengiktirafan itu diberikan sebagai menghargai sumbangan syarikat dan agensi terbabit dalam memperkukuh kutipan hasil tanah negeri.

Dalam perkembangan sama, Saarani berkata, Program MESRA HBP terus menjadi platform penting bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat serta mempercepatkan penyelesaian pelbagai aduan.

Menurutnya, sehingga siri keempat, sebanyak 862 aduan diterima dengan 722 aduan atau 84 peratus berjaya diselesaikan, manakala baki 140 aduan masih dalam tindakan jabatan dan agensi berkaitan.

Program kali ini menghimpunkan 76 kaunter khidmat pelanggan, lima kaunter bergerak dan 14 reruai pameran, selain menawarkan Jualan Murah serta Jualan Rahmah bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan dan barangan keperluan pada harga berpatutan.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles