Keadaan terkawal, 36 pusat penamaan calon PRN Negeri Sembilan telah dibuka

KUALA KLAWANG – Kesemua 36 pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dibuka serentak 9 pagi ini.

Bakal-bakal calon mempunyai tempoh sehingga sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang masing-masing kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di pusat penamaan calon, sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan secara rasmi.

Sebaik sahaja proses pengesahan selesai, bermulalah tempoh berkempen selama 14 hari seperti  ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 11.59 malam, 31 Julai.

Bagi proses penyerahan, kertas penamaan calon hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pengurus di pusat penamaan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

Tinjauan di beberapa pusat penamaan calon mendapati penyokong parti-parti politik mula berkumpul seawal 6.45 pagi bagi memberi sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

Anggota keselamatan turut ditempatkan di setiap pusat penamaan calon bagi mengawal keadaan dan memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

Cuaca baik melancarkan urusan hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung di 36 pusat penamaan calon di seluruh negeri, pada Sabtu

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala Port Dickson serta Seremban dijangka mengalami hujan.

Bagaimanapun, MetMalaysia turut menjangkakan kebanyakan daerah dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang pada hari berkenaan.

Bagi memastikan kelancaran proses, pihak polis dengan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengawal ketat aspek keselamatan serta lalu lintas di sekitar kawasan PPC bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRN kali ini melibatkan sebanyak 889,490 pemilih layak untuk mengundi merangkumi 867,151 pengundi biasa, 16,884 anggota tentera dan pasangan, serta 5,455 anggota polis dan pasangan.

SPR menetapkan hari pengundian pada 18 Julai manakala undi awal pada 28 Julai.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak