Masyarakat Orang Asli beri sokongan kepada Anthony

KUALA KLAWANG – Kira-kira 70 masyarakat Orang Asli (OA) dari sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah hadir seawal jam 7.45 pagi bagi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke, pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Kumpulan penyokong itu yang berkumpul berhampiran pusat mengundi turut membawa sepanduk bertulis ‘masyarakat Orang Asli DUN Chennah sokong Pakatan Harapan’ selain mengibarkan bendera PH dan membawa poster berwajahkan Anthony.

Masyarakat OA yang hadir ini mewakili Kampung Orang Asli Dusun Kubur,  Kampung Orang Asli Tohor, Kampung Orang Asli Sawah, Kampung Orang Asli Jeram Kedah (sempadan)
dan Kampung Orang Asli Ulu Ulu Laka

Ketibaan Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP disambut meriah oleh penyokong sebelum beliau meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama masyarakat Orang Asli yang hadir.

Malah, kumpulan masyarakat Orang Asli berkenaan turut mengiringi Anthony ke pusat penamaan calon sebagai tanda sokongan, komitmen dan keyakinan golongan tersebut terhadap kepimpinan Anthony untuk terus mewakili kawasan berkenaan.

Suasana di lokasi berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal, dengan kehadiran penyokong yang mula berkumpul sejak awal pagi bagi memberikan sokongan moral kepada calon PH itu sebelum proses pengundian berlangsung.

Anthony mempertahankan kerusi DUN Chennah pada PRN kali ini selepas menyandang kerusi berkenaan sejak 2013.

Related Posts

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PERKEMBANGAN terkini dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab oleh Pas, iaitu sama ada parti itu benar-benar berkeupayaan memimpin sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan