Genap setahun pemergian Zara, prosiding inkues penuh emosi

KOTA KINABALU – Genap setahun pemergian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, prosiding inkues yang berlangsung di Mahkamah Koroner pada Jumaat diselubungi suasana penuh emosi apabila mahkamah mengadakan satu minit bertafakur sebagai tanda penghormatan.

Menurut Peguam mewakili ibu Allahyarhamah Zara Qairina, Shahlan Jufri berkata, pasukan peguam menzahirkan penghargaan kepada Mahkamah Koroner atas penghormatan tersebut.

“Ulang tahun pertama kematian Zara yang kebetulan jatuh ketika prosiding inkues sedang berlangsung menjadikan hari berkenaan cukup bermakna buat pasukan guaman.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Koroner kerana mengadakan satu minit bertafakur bagi memperingati ulang tahun Zara Qairina. Kami amat menghargainya,” katanya kepada media selepas prosiding inkues di Mahkamh Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Tambahnya, sepanjang minggu ini, dua saksi pakar iaitu Dr Noor Aishah Rosli dan Dr Wong Haw Huo dipanggil memberi keterangan bagi membantu Koroner.

Menurutnya, keterangan Dr Wong masih belum selesai dan prosiding inkues akan disambung semula pada 24 hingga 28 Ogos.

Sementara itu, pasukan guaman Pelajar A turut menyifatkan sesi bertafakur yang diadakan sebelum prosiding bermula sebagai satu penghormatan kepada Allahyarhamah Zahara.

Katanya, semua pihak yang hadir, termasuk mereka yang bukan beragama Islam, mengambil bahagian mengikut kepercayaan masing-masing sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham sebelum prosiding diteruskan.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak