Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Sehubungan itu, beliau mengadakan pertemuan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bentong dan Raub bagi berbincang mengenai isu yang sedang menjadi bualan di daerah itu.

Young Syefura berkata, penerangan telah diberikan pihak berkenaan mengenai penguatkuasaan dan operasi harian yang telah dan sedang dijalankan bagi membendung masalah tersebut.

Jelasnya, melalui dapatan PDRM dan JPJ, peningkatan aduan dan kemalangan membabitkan kenderaan membawa durian berlaku apabila musim raja buah itu tiba dan komitmen tinggi diberikan bagi meningkatkan penguatkuasaan.

“Pihak berkenaan akan mengadakan sesi libat urus dan advokasi bersama pengusaha durian bagi memberi penerangan keselamatan di dalam masa terdekat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Isu berkenaan menjadi perhatian selepas seorang lelaki maut manakala anaknya cedera parah selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 15, Jalan Utama Mempaga.

Dalam kejadian jam 10.48 malam itu, mangsa, Zuiful Arimey Zainal Abidin, 33, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ekoran kejadian, pemandu kenderaan itu ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Raub atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian mangsa, Selasa lalu.

Justeru, Young Syefura mengingatkan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang demi keselamatan

“Selain itu saya juga telah mengusahakan pemasangan lampu jalan bagi kawasan berisiko dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada pihak PDRM Bentong dan JPJ Bentong serta Raub di atas kerjasama diberikan,” ujarnya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan