BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berjaya menjimatkan 4.05 juta liter penggunaan petrol, sekali gus mengurangkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM7.31 juta setakat 14 Julai lalu.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, seramai 74,408 penjawat awam secara kumulatif telah memanfaatkan inisiatif yang dilaksanakan sejak 15 April itu sebagai langkah menangani kesan krisis bekalan tenaga global serta mengurangkan penggunaan bahan api negara.

Menurut kementerian itu, maklumat berkenaan dinyatakan menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Jawapan tersebut diberikan bagi menjawab pertanyaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai implikasi kewangan hasil pelaksanaan BDR, khususnya jumlah penjimatan yang dicapai kerajaan melalui dasar berkenaan serta langkah rasionalisasi subsidi.

“Kementerian turut menggesa orang ramai agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemah bagi membantu mengurangkan tekanan terhadap bekalan dan perbelanjaan subsidi negara.

“Pada masa sama, kerajaan memberi jaminan akan terus memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi supaya aktiviti harian rakyat, operasi pengangkutan awam, sektor logistik serta industri kritikal tidak terjejas,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET