Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka bagi mewujudkan jawatan ADUN lantikan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kepimpinan PH Melaka bersama lima ADUN gabungan berkenaan yang diadakan hari ini bagi membincangkan perkembangan politik semasa negeri.

Menurut kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari; Pemangku Pengerusi PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim; Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dan Pengerusi AMANAH Melaka, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat, penarikan diri itu selaras dengan prinsip demokrasi.

Katanya, seseorang Exco atau ADUN daripada kerajaan yang tidak lagi menyokong usul dibawa kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri tidak wajar terus menikmati keistimewaan serta kemudahan sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daripada PH akan melepaskan jawatan masing-masing berkuat kuasa pada 31 Julai ini bagi memastikan proses peralihan pentadbiran berjalan lancar.

Dalam kenyataan sama, PH Melaka merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Kerajaan Negeri serta seluruh penjawat awam atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh mereka berada dalam pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, PH menegaskan kelima-lima ADUN gabungan itu akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan memperhebat usaha berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik sehingga tamat mandat yang diberikan.

Kenyataan itu sekali gus mengesahkan pendirian rasmi PH Melaka untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri selepas kontroversi berhubung kelulusan pindaan Perlembagaan Negeri bagi mewujudkan jawatan ADUN lantikan di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini. 

Related Posts

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude