Menumpang surau sementara cari kerja, dua PATI Bangladesh ditahan

PASIR MAS – Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh yang menumpang di sebuah surau di Kampung Beting Pauh sementara mencari pekerjaan ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam Op Taring Wawasan, awal pagi Selasa.

Kedua-dua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi selepas dikesan berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan sebelum gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Komander Briged Tenggara, Ahmad Radzi Hussain berkata, tangkapan dilakukan anggota Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 PGA Kuala Terengganu bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ketika rondaan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati kedua-dua lelaki itu memasuki Malaysia dari Thailand melalui sebuah pangkalan haram pada Januari 2025 sebelum menetap di Pasir Gudang, Johor.

“Mereka bekerja sebagai buruh binaan dengan upah RM30 sehari sebelum datang ke Kelantan kira-kira tujuh hari lalu bagi mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

“Sepanjang berada di negeri ini, mereka menumpang di sebuah surau di Kampung Beting Pauh,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek tidak menemukan sebarang barangan menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, mereka ditahan kerana gagal memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kes diserahkan kepada BSJD IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Foto: Sinar Harian

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam