Ahmad Badri dilantik Pengerusi FELDA baharu

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)  mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengerusi FELDA yang baharu.

Pelantikan ini menurut FELDA mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap kewibawaan, integriti dan pengalaman luas beliau dalam menerajui organisasi strategik serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Kepimpinan beliau diyakini mampu memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan meneruskan agenda transformasi FELDA selaras dengan aspirasi pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

“Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam sektor awam dan korporat sejak menyertai perkhidmatan awam di Kementerian Kewangan pada tahun 1989. 

“Sepanjang perkhidmatan beliau, pelbagai jawatan strategik telah disandang sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia pada tahun 2018 hingga 2020,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Ahmad Badri pernah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah di beberapa institusi utama negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi RHB Bank Berhad dan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), di samping menjadi Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad.

Dari aspek akademik, Ahmad Badri memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada University of Hull, United Kingdom, serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Land and Property Management) daripada Universiti Teknologi MARA (UITM).

FELDA berkata, pihaknya yakin  di bawah kepimpinan Ahmad Badri kelak, organisasi akan terus memperkukuh agenda transformasi Kumpulan FELDA, meningkatkan kemampanan ekonomi dan mencipta nilai yang lebih besar kepada lebih tiga juta warga peneroka. 

“Kepimpinan beliau diharapkan dapat membawa FELDA melakar pencapaian baharu demi memastikan kesejahteraan warga peneroka dan kemakmuran generasi masa depan terus terpelihara,” ujar kenyataan itu lagi.

Ahmad Badri menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang tamat kontrak 30 Jun lalu.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit