PRK Mahkota: Pengalaman mengundi paling bermakna

KLUANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kali ini nyata menjadi detik terindah buat pasangan warga emas dari Taman Suria, di sini.

Pengundi, Zuriah Saat, 60, yang terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda telah dijemput oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dari kediaman mereka menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini, pagi tadi.

Menurut Zuriah, dia dan suaminya Abdul Aziz Osman, 62, tidak menyangka menerima jemputan itu kerana berhasrat mengundi pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan lantaran keadaannya yang uzur.

“Makcik sudah lebih lapan kali mengundi dan uzur serta tak larat berjalan dan terpaksa bekerusi roda.

“Memang hari ini saya tak boleh lupa dan simpan kenangan ini apabila dibawa sendiri Menteri Besar (Onn Hafiz) menaiki Proton X50,” katanya.

Menurut Zuriah, pengalaman manis ini memberikan semangat untuk dia dan seisi keluarga agar menjadi rakyat bertanggungjawab untuk mengundi tatkala tibanya musim pilihan raya kelak.

“Walaupun mungkin ini pengalaman sekali seumur hidup, tapi makcik jadi bersemangat untuk mengundi pada pilihan raya yang akan datang meskipun mungkin tiada lagi kejadian ini.

“Kalau ikutkan ia kira nasib juga sebab tak semua berkesempatan dibantu oleh beliau (Menteri Besar) dan makcik antara yang bertuah dipilih untuk dijemput Menteri Besar sendiri,” katanya teruja.

Terdahulu, Onn Hafiz turun padang membantu dengan memandu sendiri Proton X50 bagi membantu pengundi warga emas yang berkerusi roda ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) berkenaan awal pagi tadi.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

KLANG – Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman penting berkaitan negara pada malam ambang Merdeka, 30 Ogos, serta sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Bagaimanapun,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini