Ibu muda kendong bayi tetap laksana tanggungjawab keluar mengundi PRK DUN Mahkota

KLUANG – Seorang ibu muda yang masih dalam tempoh berpantang selepas baru 30 hari melahirkan anak sulung tetap hadir mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini, pagi ini.

Kehadiran Nur Syafiqah Azani, 19, sambil mendukung bayinya mencuri tumpuan orang ramai termasuk calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, hari ini.

Dia yang tiba kira-kira jam 8.40 pagi tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

“Saya sebenarnya berasal dari Sarawak namun telah berpindah ke Taman Murni, di sini pada 2016 selepas emak mendapat kerja di Hospital Kluang. Oleh sebab itu,
didaftarkan secara automatik sebagai pengundi 18 di sini.

“Saya membuat semakan daftar pemilih tahun lalu dan mendapati saya layak mengundi pada PRK DUN Mahkota hari ini,”katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan beliau terpaksa pulang semula ke Johor Bahru kerana suaminya akan bekerja pada syif petang.

“Saya tinggal di Tampoi, Johor Bahru, pulang ke sini seawal jam 4 pagi bersama suami saya yang bekerja sebagai pengurus kedai alat perkakas,” katanya.

PRK DUN Mahkota membabitkan seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu, dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.

Related Posts

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

MUKAH – Dua sekolah di daerah ini menerima sumbangan skrin pintar atau Interactive Smart Board bagi merapatkan jurang digitalisasi pendidikan pelajar di kawasan luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

KOTA KINABALU – Peluasan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap memberi manfaat kepada lebih ramai peniaga mikro dan perusahaan kecil yang menggunakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

Ekonomi Sabah melonjak 5.1 peratus pada 2025, KDNK cecah RM88.8 bilion

Ekonomi Sabah melonjak 5.1 peratus pada 2025, KDNK cecah RM88.8 bilion

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027