PRK Mahkota: Gementar macam nak ambil SPM, kata pengundi baharu

KLUANG – Proses mengundi tidaklah serumit yang disangka, malah ada yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk selesai, demikian pengalaman yang dikongsi pengundi kali pertama.

Keterujaan jelas terpancar di wajah pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang buat kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu hari ini.

Pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Muhammad Zakwan Danial, 18, mengakui sebagai pengundi baharu, beliau agak gementar untuk mengundi, namun dengan bantuan
serta penerangan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di situ membantu melancarkan proses di pusat mengundi.

“Saya datang tadi dalam jam 7.30 pagi. Masa nak datang sini tadi dia punya gementar macam nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) namun ibu bapa saya selalu beri nasihat agar saya bertenang, ini perkara biasa yang merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah proses cepat dan tak tunggu lama sangat dalam 10 minit. Perjalanan proses undi pun lancar, petugas (SPR) juga banyak bantu,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press, hari ini.

Turut berpuas hati dengan proses pengundian ialah Soh Shan meng, 22, yang hanya mengambil masa kira-kira 15 minit daripada mula beratur hingga selesai mengundi.

“Perasaan memang gemuruh sebab pertama kali, tetapi sekarang sudah lega sebab semuanya sudah selesai.

“Proses pengundian yang diuruskan SPR ini sangat teratur dan sistematik, dengan petugas SPR membantu melancarkan lagi perjalanan mengundi,” katanya.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, G Raman, 63, mengharapkan agar golongan muda melaksanakan kewajipan
dalam memilih wakil rakyat yang diyakini dapat memberikan khidmat terbaik buat mereka.

“Suasana PRK DUN Mahkota dilihat lebih meriah pada pagi ini berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu. Jadi kemungkinan peratusan mengundi kali ini agak tinggi.

“Saya sebagai orang yang sudah mengundi lebih daripada empat kali menyeru agar pengundi baharu khususnya anak muda keluar membuang undi. Kita perlu laksana tanggungjawab dalam memilih pemimpin yang mampu memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat,” katanya.

PRK DUN Mahkota membabitkan seramai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa; 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Pilihan raya itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu, dan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.

Related Posts

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) dicadangkan memasukkan isu pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Calon Pakatan Harapan (PH) bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus masa menunggu di pintu masuk Malaysia-Singapura menerusi pelaksanaan Agenda Johor-Singapura. Setiausaha DAP Johor, Andrew Chen Kah Eng berkata, insiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Ada keperluan BN masukkan pengampunan Najib dalam manifesto PRN Johor

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

Manifesto PH: Agenda Johor-Singapura kurangkan 50 peratus masa menunggu di sempadan

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

PH lancar manifesto PRN Johor dengan 10 tawaran ‘Johor Untuk Semua’

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’t

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

Peniaga milikan tunggal, perkongsian layak nikmati diesel bersubsidi melalui SKDS

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan

PM lancar Program Pembaharuan Teksi MADANI, sasar pendapatan pemandu RM7,000 sebulan