Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, berikrar membawa pembangunan lebih menyeluruh kepada FELDA Ulu Tebrau yang disifatkannya sebagai kawasan yang selama ini kurang mendapat perhatian meskipun berada dalam DUN berkenaan.

Beliau berkata, ramai yang mengenali Puteri Wangsa menerusi kawasan bandar seperti Bandar Dato’ Onn dan sekitarnya, namun tidak menyedari FELDA Ulu Tebrau turut berada dalam kawasan DUN sama.

“Mulai malam ini, FELDA Ulu Tebrau tidak lagi boleh dianggap kawasan pinggiran atau kawasan hitam. Penduduk di sini juga berhak menikmati pembangunan dan kemajuan seperti kawasan lain.

“Kerajaan mahu memastikan pembangunan Johor tidak hanya tertumpu di bandar, sebaliknya turut merangkumi kampung dan kawasan FELDA,” katanya ketika berucap pada Program Dialog Terbuka Belia Johor di Dewan FELDA Ulu Tebrau.

Turut hadir pada program berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal.

Maszlee berkata, tanggapan bahawa sesebuah kawasan merupakan kubu kuat atau kawasan selamat dalam pilihan raya tidak lagi relevan kerana keputusan akhirnya ditentukan oleh pengundi.

Menurutnya, sejarah politik membuktikan banyak kawasan yang dianggap selamat sebelum ini akhirnya menyaksikan perubahan apabila rakyat membuat pilihan berbeza pada hari pengundian.

Beliau turut mempertahankan rekod perkhidmatannya ketika menjadi Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan menyatakan beberapa masalah utama di kawasan itu berjaya diselesaikan, termasuk isu gangguan bekalan air dan pengurusan tapak pelupusan sampah.

Katanya, pengalaman tersebut membuktikan pelbagai masalah rakyat boleh ditangani sekiranya terdapat iltizam politik dan kerjasama yang baik antara kerajaan serta wakil rakyat.

“Saya tidak menjanjikan perkara yang mustahil, tetapi saya menawarkan pengalaman, kesungguhan dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk,” katanya.

Maszlee berkata, antara isu yang dibangkitkan penduduk FELDA Ulu Tebrau ialah pergerakan lori berat yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya, keadaan jalan yang rosak serta isu tanah generasi kedua FELDA.

Beliau berjanji akan membawa perkara itu kepada perhatian kerajaan negeri dan Persekutuan sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Selain itu, Maszlee turut mengumumkan cadangan menyediakan tuisyen percuma kepada pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan serta kelas bahasa Inggeris secara dalam talian untuk penduduk FELDA Ulu Tebrau.

Ujarnya, usaha itu bertujuan meningkatkan akses pendidikan dan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda agar mereka lebih berdaya saing pada masa hadapan.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng