Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menzahirkan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik pada program Dialog Terbuka Belia Johor di Dewan Felda Ulu Tebrau, malam ini.

Beliau berkata, kehadirannya di pentas PH adalah atas kapasiti peribadi sebagai sahabat lama kepada Maszlee dan bukannya mewakili mana-mana parti politik.

Menurutnya, tidak timbul sebarang masalah untuk beliau hadir memberikan sokongan memandangkan PH dan Barisan Nasional (BN) sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Saya datang sebagai sahabat lama dan memberikan sokongan peribadi kepada Dr Maszlee Malik.

“PH adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dan BN juga berada dalam kerajaan yang sama, justeru tidak ada salahnya saya berada di pentas ini,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Puad mengakui pendiriannya menyokong calon PH mungkin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak, namun menyifatkan perkara itu sebagai lumrah dalam politik.

Katanya, beliau turut menerima kecaman selepas menyatakan sokongan kepada calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Mohd Yazid Bakri sebelum ini.

Bagaimanapun, Mohd Puad menegaskan beliau akan terus mempertahankan pendiriannya demi memastikan wujudnya budaya politik yang lebih terbuka dan seimbang di Johor.

Pada masa sama, beliau menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Anwar dalam memacu agenda pembangunan ekonomi negara, khususnya yang melibatkan Johor.

Menurutnya, pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah berjaya meningkatkan keyakinan pelabur asing dan berpotensi menjadikan Johor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi utama di rantau Asia Tenggara.

“Johor mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai hab ekonomi serantau dan saya yakin kepimpinan Perdana Menteri mampu merealisasikan agenda itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi DUN Puteri Wangsa memberikan sokongan kepada Maszlee pada hari pengundian nanti.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor