Md Ysahrudin tawar lima tekad demi pembangunan Bukit Naning

MUAR – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni menawarkan lima tekad sebagai komitmen untuk membina ‘Bukit Naning Makmur’ sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, lima tekad itu bukan sekadar manifesto pilihan raya, sebaliknya lahir daripada pengalaman beliau berkhidmat di kawasan itu selama 22 bulan selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PKR Johor itu berkata, fokus terbabit merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, pertanian, pembangunan infrastruktur dan kebajikan yang menurutnya menjadi isu paling kerap dibangkitkan rakyat.

“Bukit Naning mempunyai potensi besar untuk terus berkembang melalui sektor pertanian, perusahaan kecil, pendidikan dan masyarakat yang harmoni, justeru pembangunan perlu dilaksanakan secara menyeluruh agar manfaatnya dirasai semua penduduk.

“Tekad pertama memberi tumpuan kepada pendidikan menerusi penyediaan kelas tuisyen percuma, memperluaskan peluang latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta mencadangkan insentif kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS.” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Menurut Md Ysahrudin, bagi kesihatan pula, beliau akan menyediakan perkhidmatan ambulans di bawah Pusat Khidmat DUN, melaksanakan program wakaf peralatan kesihatan seperti kerusi roda dan katil pesakit, selain meneruskan program santunan kepada warga emas.

Bagi sektor pertanian, Md Ysahrudin berkata, beliau akan memperjuangkan subsidi baja dan benih nanas, memperluaskan latihan pertanian moden, membantu membuka pasaran baharu untuk hasil tempatan serta mempertingkat kawalan haiwan liar yang menjejaskan tanaman.

“Turut diberi perhatian ialah pembangunan infrastruktur dengan memberi fokus kepada pembaikan jalan raya dan jambatan, penambahan lampu jalan di kampung serta meningkatkan liputan internet di kawasan pedalaman.

“Bagi aspek kebajikan, saya komited menyalurkan sebahagian elaun wakil rakyat melalui pelbagai program kebajikan termasuk agihan bakul makanan, bantuan kecemasan dan inisiatif bagi membantu golongan yang memerlukan.

Md Ysahrudin berkata, lima tekad itu bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya komitmen berpaksikan keperluan sebenar rakyat bagi meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan, kesihatan, ekonomi, pertanian dan kebajikan.

“Saya yakin dengan kerjasama rakyat serta sokongan Kerajaan Madani, Bukit Naning mampu menjadi kawasan yang lebih makmur, progresif dan berdaya saing.

“Saya memohon sokongan dan kepercayaan warga Bukit Naning untuk bersama-sama merealisasikan hasrat ini,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi