Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan termasuk menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Sabtu lalu.

Tertuduh, Raeven Goh, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Bagi pertuduhan pertama, Goh didakwa menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir akibat memandu sebuah kenderaan elektrik (EV) secara melulu di Jalan Kuching menghala ke Segambut pada 10 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua, iaitu memandu secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42(1) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, Goh turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal memberhentikan kenderaannya selepas kemalangan berkenaan, mengikut Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Mahkamah membenarkan Goh diikat jamin RM36,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Majistret turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah serta menggantung lesen memandunya sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhly Zamry dan Wafi Husain, manakala tertuduh diwakili peguam Kailash Sharma.

Mahkamah menetapkan 19 November depan untuk pengurusan kes.

Related Posts

60 penerbangan pembenihan awan dilaksana, rekod 90 peratus kejayaan

PETALING JAYA – Sebanyak 60 penerbangan bagi melaksanakan operasi pembenihan awan dilakukan di seluruh negara setakat Isnin lalu bagi menangani cuaca kering dan mengurangkan impak jerebu. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 perlu dilaksana segera, impak rakyat jadi keutamaan – Shamsul Azri

KUALA LUMPUR – Semua kementerian dan jabatan kerajaan perlu mempercepatkan persiapan pelaksanaan Belanjawan MADANI 2027 bagi memastikan setiap inisiatif yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada rakyat seawal tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi