11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

KUCHING – Sebanyak 11 entiti kini terlibat dalam aktiviti perdagangan kredit karbon hutan di Sarawak, dengan tiga daripadanya telah diberikan Lesen Karbon Hutan yang melibatkan kawasan seluas 56,806 hektar.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, di bawah Kaedah-Kaedah Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 atau Forests (Forest Carbon Activity) Rules 2022, aktiviti perdagangan kredit karbon di negeri ini hanya boleh dilaksanakan selepas entiti terbabit memperoleh Lesen Karbon Hutan.

Menurutnya, daripada tiga lesen yang telah dikeluarkan, satu projek sedang melalui proses validasi oleh badan validasi dan verifikasi (VVB) yang diiktiraf di bawah piawaian karbon antarabangsa, manakala dua lagi lesen baharu sahaja diluluskan kepada pemegang lesen.

“Sementara itu, lapan entiti lagi telah diberikan Permit Kajian Karbon yang melibatkan kawasan keseluruhan seluas 179,327 hektar.

“Permit berkenaan membolehkan pemegangnya menjalankan kajian rintis dan menyediakan Dokumen Reka Bentuk Projek Sarawak (Sarawak Project Design Document – SPDD), yang merupakan antara syarat wajib untuk mendapatkan kelulusan Lesen Karbon Hutan kelak,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Rabu.

Mengulas mengenai proses penjanaan kredit karbon, Len Talif berkata, setiap projek perlu melepasi dua peringkat utama mengikut spesifikasi antarabangsa. Ia bermula dengan proses validasi projek oleh VVB yang diperakui, dan diikuti dengan proses verifikasi.

Selepas melepasi tapisan verifikasi tersebut, projek berkenaan akan menerima pensijilan yang membolehkan kredit karbon hutan dijana secara rasmi, didaftarkan dalam sistem pasaran karbon, dan seterusnya didagangkan kepada pembeli domestik serta antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan projek karbon hutan turut berpotensi besar untuk memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat melalui pewujudan peluang pekerjaan dan program pembangunan kapasiti.

Antara peluang limpahan ekonomi yang boleh diraih ialah perkhidmatan penyewaan bot, penyediaan tenaga kerja, serta latihan teknikal dalam bidang penanaman semula hutan, pengurusan tapak semaian (nurseri), inventori hutan, penilaian biojisim dan pengurusan sumber semula jadi secara lestari.

Jelasnya, penglibatan komuniti turut menjadi elemen wajib yang ditetapkan dalam piawaian karbon antarabangsa. 

“Ini termasuklah keperluan bagi pemaju projek untuk bekerjasama rapat dengan masyarakat dan pemegang taruh, di mana pelan perlindungan sosial (Social Safeguards) wajib dimasukkan dalam SPDD untuk disemak ketika proses validasi VVB.

Menyentuh mengenai projek karbon biru (ekosistem marin dan pesisir pantai), Len Talif memaklumkan bahawa satu Permit Kajian Karbon telah dikeluarkan setakat ini, yang tidak termasuk kawasan Paloh dan Serdeng. 

Bagaimanapun, katanya lagi, tiada sebarang permohonan diterima bagi kawasan Daro setakat ini.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

MIRI – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 55, berhampiran sekolah berkenaan, pada Selasa. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen