Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, beliau akan berusaha mendapatkan dana peruntukan bagi menyegerakan pembinaan dewan terbuka terbabit.

“Ketika ini, perhimpunan mingguan sekolah berkenaan terpaksa diadakan di bawah khemah besar yang dipasang berhampiran bangunan bilik darjah.

“Kemudahan itu amat diperlukan bagi menyediakan ruang yang lebih selesa dan sesuai untuk pelbagai aktiviti sekolah termasuk perhimpunan mingguan dan aktiviti yang melibatkan penyertaan murid dan guru,” katanya dalam kenyataan media selepas melakukan lawatan ke sekolah terbabit.

Menurut Anil yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, pembinaan dewan terbuka yang dirancang untuk sekolah berkenaan sebelum ini tidak dapat diteruskan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Saya akan usaha untuk segera dapatkan peruntukan daripada mana-mana kementerian berkaitan sama ada di negeri atau persekutuan untuk cadangan pembinaan dewan terbuka SK Mostyn.

“Lawatan ke sekolah itu juga memberi peluang kepada saya untuk berinteraksi dengan guru besar, warga pendidik serta murid bagi mendengar sendiri pandangan dan keperluan pihak sekolah,” ujarnya.

Anil turut memaklumkan bahawa kerja-kerja penggantian atap di dua blok bangunan bilik darjah sekolah itu telah disiapkan baru-baru ini, sebagai membantu menambah baik kemudahan prasarana sekolah.

Related Posts

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

MIRI – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 55, berhampiran sekolah berkenaan, pada Selasa. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

KUCHING – Sebanyak 11 entiti kini terlibat dalam aktiviti perdagangan kredit karbon hutan di Sarawak, dengan tiga daripadanya telah diberikan Lesen Karbon Hutan yang melibatkan kawasan seluas 56,806 hektar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026