Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pembangunan Awan AI Berdaulat merupakan antara langkah utama kerajaan MADANI bagi memastikan maklumat terperingkat negara kekal selamat dan tidak terjejas oleh dasar serta perundangan negara asing.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pembangunan infrastruktur itu penting bagi menjamin kedaulatan digital negara, khususnya dalam melindungi maklumat terperingkat, seperti dokumen rasmi berklasifikasi yang berisiko terdedah sekiranya disimpan menggunakan perkhidmatan awan awam.

“Ada satu perkara yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini sebut tapi kita sedang dalam proses untuk laksanakan… ini sangat penting untuk kedaulatan digital kita, iaitu awan berdaulat. 

“Kita melihat sesetengah negara mungkin mempunyai dasar dan perundangan yang boleh menyebabkan penggunaan awan yang bersifat awam tidak begitu selamat terutama bagi maklumat terperingkat… jadi, kerajaan telah memutuskan untuk membangunkan sovereign AI cloud atau awan AI berdaulat,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk “Belanjawan 2027: Memperkasa Komunikasi, Memacu Ekonomi Jingga”, pada Rabu.

Tambah beliau, inisiatif terbabit akan dikelolakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Komunikasi.

Dalam pada itu, Fahmi berkata penyediaan akses Internet yang lebih meluas, pantas, murah dan selamat penting bagi merancakkan ekonomi digital negara yang dianggarkan menyumbang lebih 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Jelasnya, pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 membantu merapatkan jurang akses Internet antara bandar dan luar bandar namun cabaran ketersambungan masih wujud terutama apabila pengguna bergerak keluar dari kawasan kampung.

“Masalah yang timbul ialah apabila seseorang keluar dari kawasan kampung, tiba-tiba tiada talian… jadi, kita perlu memastikan ketersambungan itu berterusan,” katanya.

Fahmi berkata kemudahan Internet lebih baik akan memberi manfaat kepada usahawan yang menjual produk dalam talian, pelajar yang mengikuti pembelajaran digital serta rakyat yang ingin mendapatkan maklumat dan memohon perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.

“Teknologi 5G juga berpotensi meningkatkan kecekapan sektor pertanian menerusi penggunaan Internet Benda (IoT) dan robotik,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM5 bilion bagi pelaksanaan JENDELA menerusi Belanjawan 2027 dalam usaha memperluas liputan Internet berkualiti tinggi khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

  • Related Posts

    Syarat simpanan RM15,000 bukan bebanan, ukur kesiapsiagaan jemaah haji

    PUTRAJAYA – Syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji perlu dilihat sebagai langkah mengukur kesiapsiagaan kewangan, bukannya bebanan kepada rakyat terutamanya dalam memastikan pengurusan ibadah haji negara berjalan secara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

    KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu mengingatkan semua pihak supaya tidak mencampuri atau mempolitikkan pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berautoriti menyelesaikannya mengikut saluran sah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

    Kanak-kanak 5 tahun maut dalam nahas enam kenderaan, pemandu EV mengaku tidak bersalah

    Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

    Saluran permohonan, rayuan SKAS dicadang untuk penerima tercicir STR

    Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

    Internet lebih luas, Awan AI Berdaulat memperkasa kedaulatan digital negara – Fahmi

    Balingian wajar dinaik taraf sebagai daerah penuh – Abdul Yakub

    Balingian wajar dinaik taraf sebagai daerah penuh – Abdul Yakub

    Mourinho guna magik, Real bangkit tewaskan Roma

    Mourinho guna magik, Real bangkit tewaskan Roma

    Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?

    Nik Abduh bela Eric See-To, mana ketegasan Pas soal al-Quran?