Fiesta Rakan Muda wadah bentuk belia progresif, berdaya saing – Royston

MUKAH – Penganjuran Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat serta potensi golongan muda bagi mendepani cabaran masa depan yang kompetitif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, program berskala besar itu bukan sahaja berjaya menghimpunkan belia dari seluruh pelosok negeri, malah menjadi medan memperkukuh jaringan perpaduan tanpa mengira latar belakang.

Beliau menyifatkan semangat tinggi yang dipamerkan para peserta sepanjang program mencerminkan kesediaan generasi muda untuk menyahut aspirasi pembangunan belia yang progresif dan berdaya saing.

“Sepanjang dua hari penganjuran, fiesta ini berjaya menggerakkan pelbagai aktiviti berteraskan pembangunan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan, sukan serta gaya hidup sihat.

“Justeru, kita mahu segala ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diperoleh sepanjang program ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah pada Ahad.

Mengulas lanjut, Royston berharap agar impak daripada program tersebut mampu menjadi pemangkin kepada penglibatan aktif golongan belia dalam kerja kemasyarakatan yang memberi impak positif kepada pembangunan Sarawak.

Fiesta yang melabuhkan tirainya dengan jayanya itu turut mendapat kerjasama padu daripada pelbagai agensi kerajaan serta institusi pengajian tinggi (IPT) selaku rakan strategik utama.

Majlis penutup itu turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Lamat Nyalau; wakil Residen Bahagian Mukah, Mohd Amirul Valentine Laiseh dan Penolong Rektor UiTM Mukah, Dr Abdul Jabbar Abdullah.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS