Catuan bekalan elektrik berjadual di Sabah susulan kekurangan kapasiti penjanaan

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan di seluruh Sabah berikutan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Sabah Electricity dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan itu berpunca daripada gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP), sekali gus menyebabkan pengurangan kapasiti penjanaan elektrik dalam sistem grid Sabah.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan catuan bekalan berjadual adalah langkah pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan grid elektrik negeri terus terpelihara sementara usaha pemulihan kapasiti penjanaan sedang dilaksanakan.

“Sabah Electricity memahami kesulitan yang akan dialami oleh pengguna akibat pelaksanaan catuan bekalan ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan tempoh gangguan.

“Maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat serta perkembangan semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Facebook Sabah Electricity Careline dan pengguna juga boleh menghubungi Sabah Electricity Careline di talian 15444,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Sabah Electricity turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran dan kerjasama semua pengguna.

“Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah yang sewajarnya sepanjang tempoh catuan bekalan dan mengikuti pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat,” kongsinya.

Related Posts

KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) sedang meneliti isu pelesenan yang dihadapi sebahagian pengusaha pelancongan tempatan di Semporna bagi mencari penyelesaian yang praktikal tanpa mengabaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

KOTA SAMARAHAN – Pameran seni bertemakan Spirit of the Horses and Hornbills berjaya merentasi sempadan budaya antara Sarawak dan Inner Mongolia menerusi paparan 52 karya seni di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rafizi arkitek gagal, hindari naratif palsu burukkan kerajaan

Rafizi arkitek gagal, hindari naratif palsu burukkan kerajaan

KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

KEPKAS komited memudah cara penyelesaian isu pelesenan premis pelancongan di Semporna

‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

‘Kuda dan Enggang’ martabat warisan budaya Sarawak, Inner Mongolia di persada global

Semangat kejiranan penting perkukuh keselamatan, kesejahteraan komuniti

Semangat kejiranan penting perkukuh keselamatan, kesejahteraan komuniti

Generasi muda diseru lindungi warisan budaya, alam sekitar

Generasi muda diseru lindungi warisan budaya, alam sekitar

Maritim Malaysia rampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di Sandakan

Maritim Malaysia rampas 1,700 peket minyak masak bersubsidi di Sandakan