BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

KUCHING – Kerajaan MADANI menyediakan kemudahan bantuan secara fizikal di semua cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara bagi memudahkan pendaftaran Program BUDI MADANI Diesel.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, inisiatif tersebut bertujuan membantu melancarkan urusan permohonan kuota diesel bersubsidi buat rakyat sebelum ia berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Julai ini.

Menurut beliau, individu yang menepati syarat kelayakan boleh hadir ke fasiliti berkenaan atau memohon secara dalam talian menerusi portal rasmi yang telah dibuka sejak Selasa.

“Individu yang memohon perlu memenuhi syarat kelayakan asas iaitu berstatus warganegara Malaysia, memiliki lesen memandu serta cukai jalan yang masih sah.

“Bagi individu, kuota asas yang diperuntukkan ialah 200 liter sebulan, manakala pemilik kenderaan jenis pikap dan jip yang layak boleh memohon kuota tambahan menjadikan jumlah keseluruhan 300 liter sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Media Pelaksanaan Pembaharuan Penyasaran Subsidi Diesel di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Amir Hamzah memaklumkan pelaksanaan penyasaran subsidi berkenaan akan menggunakan MyKad sepenuhnya di stesen minyak bagi menggantikan kaedah pemindahan tunai.

Jelasnya, mekanisme baharu tersebut membolehkan harga runcit diesel bersubsidi diturunkan daripada RM2.15 kepada RM2.10 seliter bagi rakyat yang layak, di samping menyekat ketirisan dan penyeludupan.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan