Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan Pas sendiri menyelesaikan masalah dalaman parti sejak awal.

Menurut beliau, isu yang pada asalnya kecil telah menjadi krisis besar kerana terdapat pihak yang enggan mengambil langkah penyelesaian walaupun masalah membabitkan Menteri Besar Perlis ketika itu sudah berlarutan dalam Pas sendiri.

Marzuki mendakwa Menteri Besar Perlis daripada Pas berdepan penolakan dalam kalangan kepimpinan Pas negeri sehingga gagal mempertahankan kedudukan dalam pemilihan parti di peringkat kawasan dan juga pusat.

“Apa masalah sebenarnya saya tidak tahu kerana itu urusan dalaman Pas. Namun isu tersebut akhirnya merebak sehingga melibatkan institusi istana,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berpandangan bahawa krisis berkenaan sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Pas mengambil keputusan menamakan calon lain daripada parti itu untuk jawatan Menteri Besar apabila berdepan bantahan yang berpanjangan.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian menyebabkan Istana Perlis campur tangan bagi menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing.

Marzuki menjelaskan bahawa dalam situasi tersebut, DYMM Raja Perlis telah menitahkan supaya nama seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu dikemukakan untuk pertimbangan jawatan Menteri Besar, manakala Pas turut diminta mengemukakan calon mereka.

Katanya, selepas melalui proses tersebut, Raja Perlis membuat keputusan melantik ADUN daripada Bersatu sebagai Menteri Besar.

Beliau menegaskan bahawa keputusan itu tidak boleh dijadikan asas untuk melabel Bersatu sebagai pengkhianat kerana parti tersebut hanya menjunjung titah Raja Perlis.

“Dalam keadaan itu, apa pilihan yang ada kepada Tan Sri Muhyiddin? Apabila dititahkan oleh Raja, sudah tentu titah tersebut perlu dijunjung,” katanya.

Marzuki turut mendakwa punca sebenar kemelut berlarutan adalah kerana Pas tidak mengambil tindakan lebih awal untuk menggantikan Menteri Besar yang menjadi pertikaian sehingga krisis tersebut berkembang menjadi isu yang lebih besar.

Beliau berkata, sekiranya pertukaran dilakukan lebih awal, pertikaian itu tidak akan sampai ke peringkat melibatkan istana dan seterusnya mencetuskan polemik berpanjangan antara Pas dan Bersatu.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan pihak yang sebenarnya perlu dipertanggungjawabkan dalam kemelut berkenaan, sambil menegaskan bahawa tuduhan pengkhianatan terhadap Bersatu tidak berasas memandangkan parti itu hanya bertindak mengikut proses dan titah yang telah ditetapkan.

Related Posts

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

JOHOR BAHRU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa terdapat sesuatu yang “tidak kena” dalam UMNO Johor susulan pengumuman senarai calon yang akan bertanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rafizi tidak peduli isu rakyat, lebih obses menyerang Anwar

PUTRAJAYA – Parti Kancil pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan sedang menuju kehancuran apabila terlalu ‘obses’ untuk mengkritik dan mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding mengangkat isu kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun