Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

TAWAU – Insiden dipercayai buli yang tular melibatkan pelajar asrama sebuah sekolah di Tenom perlu menjadi peringatan dan pengajaran kepada masyarakat bahawa budaya terbabit tidak boleh dipandang ringan.

Exco Wanita PKR merangkap Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan Sabah, Junaidah Makku@Junn berkata, pihaknya memandang serius insiden buli yang kini sedang dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan serta intimidasi.

“Sehubungan itu, kami mengharapkan kerjasama semua pihak khususnya pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa serta komuniti setempat untuk memperkukuhkan program kesedaran dan pendidikan berkaitan pencegahan buli.

“Langkah-langkah proaktif, intervensi awal dan pendidikan nilai hormat-menghormati perlu diperkasakan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang.

“Marilah kita bersama-sama memainkan peranan melindungi anak-anak kita dan membina persekitaran pendidikan yang selamat, berperikemanusiaan dan bebas daripada budaya buli, ” serunya ketika dihubungi, pada Rabu.

Dalam pada itu, Junaidah yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR Sabah turut menyeru kepada masyarakat agar menghormati permintaan keluarga mangsa serta pelajar-pelajar yang terlibat dengan tidak terus menularkan gambar dan video kejadian.

“Penyebaran kandungan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan siasatan, malah boleh memberi kesan emosi dan trauma berpanjangan kepada mangsa yang masih di bawah umur.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus, adil dan menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas tanpa sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, ” ujarnya.

Related Posts

PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

PASIR PUTEH – Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal di Pelabuhan Tok Bali di sini terbongkar selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 105 liter minuman itu dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

MUKAH – Taktik dua kru kapal berlagak bersahaja di kaki lima sebuah premis memakan diri apabila mereka ditahan bersama dadah jenis syabu di Jalan Pasar Lama di sini, pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

Agong kurnia RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat, Sandakan

Agong kurnia RM500,000 kepada mangsa kebakaran di Kudat, Sandakan

PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

PGA rampas 105 liter air ketum disyaki untuk nelayan

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah