PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah menyambut baik pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI Diesel yang bakal menyaksikan harga diesel bersubsidi diturunkan kepada RM2.10 seliter melalui penggunaan MyKad mulai 1 Julai 2026, namun menggesa kerajaan memastikan pelaksanaannya mengambil kira realiti kehidupan rakyat Sabah.

Ketua Penerangan PH Sabah, Datuk Chan Foong Hin berkata, pendekatan reformasi subsidi secara bersasar, telus dan berupaya mengurangkan ketirisan perlu dilaksanakan dengan memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan.

“Kejayaan dasar berkenaan tidak seharusnya hanya dinilai berdasarkan penyelarasan sistem, sebaliknya melalui impaknya terhadap kos sara hidup serta keperluan harian rakyat, khususnya di Sabah yang mempunyai cabaran geografi dan ekonomi tersendiri.

“Rakyat Sabah amat bergantung kepada pengangkutan darat jarak jauh, logistik antara daerah, penggunaan kenderaan diesel persendirian, bot sungai serta penggunaan genset di kawasan pedalaman.

“Oleh itu, pelaksanaan subsidi bersasar ini perlu disesuaikan dengan keadaan setempat agar tidak menambah beban kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Chan, PH Sabah turut menghargai peranan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Armizan Mohd Ali yang terlibat dalam sesi penerangan berkaitan pelaksanaan dasar berkenaan.

“Penglibatan wakil rakyat dari Sabah dalam menjelaskan dasar tersebut penting bagi memastikan pertimbangan fiskal kerajaan dapat diseimbangkan dengan kepentingan pengguna serta kestabilan harga di negeri itu.

“PH Sabah menggesa agar beberapa aspek diberi perhatian bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel bersasar berjalan lancar.

“Antaranya, sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) yang diterajui KPDN perlu dipantau secara berterusan bagi mengelakkan gangguan bekalan atau kelewatan proses pendaftaran yang boleh memberi kesan kepada pengguna dan peniaga,” ujarnya.

Tambahnya, mekanisme tambahan kuota bagi pengguna diesel di kawasan luar bandar dan pedalaman perlu dilaksanakan secara fleksibel kerana corak penggunaan bahan api di Sabah berbeza berbanding negeri lain, terutama melibatkan jarak perjalanan yang jauh.

“PH Sabah turut meminta KPDN bersama agensi berkaitan mempertingkat pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau caj pengangkutan secara tidak munasabah susulan perubahan mekanisme subsidi.

“Rakyat mesti merasai manfaat reformasi ini, bukannya menanggung kesan rantaian kenaikan harga,” tegasnya.

Dalam masa sama, PH Sabah menyambut baik keputusan kerajaan mengekalkan subsidi kepada sektor strategik seperti nelayan, petani kecil, pengangkutan awam serta memperluaskan akses kepada pengusaha bot sungai dan pengguna genset di kawasan pedalaman.

“Reformasi subsidi bukan semata-mata bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan, tetapi perlu menjadi instrumen membina sistem yang lebih adil, mengurangkan ketirisan dan menjaga kebajikan rakyat.

“PH Sabah akan terus memainkan peranan konstruktif bersama Kerajaan MADANI bagi memastikan pelaksanaan dasar ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat tanpa meninggalkan sesiapa di belakang,” jelasnya.

Related Posts

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

MUKAH – Taktik dua kru kapal berlagak bersahaja di kaki lima sebuah premis memakan diri apabila mereka ditahan bersama dadah jenis syabu di Jalan Pasar Lama di sini, pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

TAWAU – Insiden dipercayai buli yang tular melibatkan pelajar asrama sebuah sekolah di Tenom perlu menjadi peringatan dan pengajaran kepada masyarakat bahawa budaya terbabit tidak boleh dipandang ringan. Exco Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

Padah sorok syabu 0.82 gram, ‘lakonan’ dua kru kapal terbongkar

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

PH Sabah gesa pelaksanaan subsidi diesel bersasar telus dan adil

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Insiden buli bukan perkara ringan, jadikan pengajaran – Junaidah

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

BUDI MADANI: Kerajaan mudahkan pendaftaran di cawangan LHDN dan UTC

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun

Puad dakwa ada ‘tidak kena’ dalam UMNO Johor, pengumuman penting 27 Jun