
DARO – Akibat terlebih muatan, lori treler terjatuh ke dalam sungai di Pangkalan Feri Sawai.
Difahamkan insiden tersebut berlaku pada 10.30 pagi mengakibatkan lori terbabit tergelonsor ke dalam air sebelum tenggelam.
Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superitenden Rahim Minios berkata, pihak polis mendapati lori terbabit tergelonsor akibat feri tidak mampu menanggung had muatan.
“Pihak polis dimaklumkan pemandu lori tersebut sempat menyelamatkan diri,” kata Rahim.
Tambah Rahim, pemandu lori merupakan seorang lelaki berusia 51 tahun dalam perjalanan menghantar jentera berat graider dari Bintulu ke Daro.
“Mangsa agak bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri,” ujar Rahim.
Sebelum ini, orang ramai sempat merakam kejadian tersebut sebelum tular di media sosial.



