Bubar Parlimen, pembangkang ketandusan idea

KLUANG – Cadangan pembangkang untuk Parlimen dibubarkan dengan segera menunjukkan blok itu semakin ketandusan idea alternatif yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata, pembangkang perlu sedar bahawa mandat yang diberikan rakyat adalah untuk lima tahun dan berhak memberi kepada gabungan lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya prestasi kerajaan sedia ada didapati tidak memuaskan dalam tempoh itu.

Malah, katanya, pelbagai reformasi ekonomi telah dilaksanakan dalam tempoh hampir dua tahun pentadbiran seperti penstrukturan semula subsidi, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Industri Baru 2030. 

“Hasilnya, keyakinan pelabur telah pulih, nilai ringgit mengukuh dan kadar pertumbuhan ekonomi negara melebihi jangkaan. 

“Maka, tiada justifikasi yang kukuh untuk mengadakan pilihan raya umum secara terburu-buru, yang hanya akan membazirkan masa dan sumber negara.

“Sebaliknya, pembangkang dilihat ketagihan tabiat untuk menukar kerajaan secara kerap yang boleh merosakkan kestabilan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Penerangan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen segera untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Razali mendakwa, pilihan raya kilat disifatkan jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan hari ini dan bukan usul tidak percaya di Dewan Rakyat seperti gesaan Anwar kepada pembangkang, Jumaat lalu.

Dalam pada itu Nabil menegaskan, sebarang usaha untuk mendesak Ahli Parlimen Tambun melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri juga harus dibawa ke Dewan Rakyat sebagaimana disarankan Ketua AMK, Adam Adli sebelum ini.

Rakyat perlu melihat pembangkang sebagai entiti yang berdisiplin dan tidak mengheret negara ke kancah ketidakstabilan.

“Usah berdolak-dalik menipu diri sendiri untuk sesuatu isu yang menampakkan kelompongan kesepakatan barisan pembangkang di dalam Perikatan Nasional yang kian retak menanti belah,” katanya.

Related Posts

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan tangkap Azam Baki gagal, Rafizi sila bersara dari gelanggang politik

PUTRAJAYA – Kehadiran hambar dalam Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, Sabtu lalu yang menyaksikan hanya ratusan peserta terlibat, mencerminkan perubahan sentimen rakyat terhadap bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong