Annuar Musa tak hormati kempen cara Bangsa Johor

KLUANG – Negeri Johor yang terkenal dengan slogan Bangsa Johor sentiasa mementingkan keharmonian dan perpaduan antara kaum, selain berharap kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dijadikan medan bagi menggugat semangat tersebut.

Malah, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut mengingatkan semua pihak supaya berkempen dengan berhemah, termasuk tidak menyebarkan fitnah serta menyentuh isu-isu sensitif seperti 3R (kaum, agama dan raja).

Bagaimanapun, fitnah serta tuduhan palsu masih menjadi senjata politik kepada Perikatan Nasional (PN) sehingga menimbulkan rasa kurang senang, menyinggung perasaan serta merosakkan keharmonian serta perpaduan rakyat berbilang kaum di Johor.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa akan mengadakan majlis khas untuk Allahyarham Sharifah Azizah dan majlis Maulidur Rasul pada 24 September lalu dengan kerjasama keluarga arwah.

Namun, rupa-rupanya ia hanyalah ‘khabar angin’ ciptaan pembangkang selepas anak sulung kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menafikan program tersebut.

Malah, Wan Mohd Hibatullah Abu Bakar mengecam tindakan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu dan menegaskan agar pemimpin ‘warlord’ itu tidak menggunakan simpati arwah ibunya sebagai bahan kempen.

Bagaikan mencurah air ke daun keladi, isu Allahyarham Sharifah masih lagi dimainkan oleh Annuar yang masih memainkan naratif bahawa majlis tahlil itu mendapat restu daripada ahli keluarga bekas ADUN Mahkota itu.

Bekas Setiausaha Agung UMNO itu menerusi ceramah mendakwa program terbabit semuanya berjalan dengan baik dan mesra tanpa mengira atau membeza-bezakan parti politik.

“Saya pergi solat Maghrib di rumah bekas wakil rakyat ADUN Mahkota itu dengan saya menjadi imamnya. Lepas itu baca Yassin dan buat tahlil yang saya kendalikannya.

“Kemudian solat Isyak bersama-sama mereka dengan anak arwah menjadi imamnya. Saya tak tanya dia parti apa, abang arwah datang saya pun tak tanya dia parti apa.

“Untuk apa gaduh-gaduh, jaga persahabatan dan jaga silaturahim,” katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah di sini malam tadi.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Annuar yang disifatkan tidak menghormati perasaan ahli keluarga Allahyarhamah Sharifah Azizah.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya untuk menghentikan pendekatan lama dalam berkempen seperti menimbulkan kebencian atau melakukan sesuatu di luar norma politik dan kaedah kempen hanya untuk meraih sokongan pengundi.

Justeru, semua pemimpin dan parti politik yang terlibat harus berjiwa besar, utamakan keharmonian dan perpaduan rakyat walaupun mempunyai ideologi dan arah tuju politik yang berbeza dalam meraih sokongan dan undi.

Ini kerana Johor mempunyai keunikan tersendiri, seperti nukilan Sasterawan Negara yang merupakan anak Johor, Usman Awang dalam puisinya bertajuk ‘Melayu Johor’:
“Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak”

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok