Sabah catat penurunan ketara kadar pengangguran kepada 5.5 peratus

KOTA KINABALU – Sabah berjaya menurunkan kadar pengangguran daripada 8.2 peratus ketika kemuncak pandemik COVID-19 kepada 5.5 peratus pada Suku Tahun Pertama 2026, sekali gus mencerminkan pemulihan berterusan pasaran buruh.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim berkata, pencapaian itu menunjukkan penurunan sebanyak 2.7 mata peratusan dalam tempoh beberapa tahun.

“Berdasarkan Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Tahun Pertama 2026 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kadar pengangguran Sabah kini berada pada 5.5 peratus berbanding 6.0 peratus pada suku keempat tahun lalu.

“Perkembangan itu turut disokong oleh peningkatan jumlah penduduk bekerja kepada 1.78 juta orang berbanding 1.76 juta orang pada suku sebelumnya, manakala tenaga buruh bertambah kepada 1.89 juta orang.

“Trend penurunan ini membuktikan keberkesanan dasar dan inisiatif kerajaan negeri dalam memperkukuh ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ia juga mencerminkan daya tahan ekonomi Sabah walaupun berdepan cabaran ekonomi global,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Tambah Azrul, kejayaan menarik pelaburan domestik dan asing, pemerkasaan sektor ekonomi strategik serta pelaksanaan pelbagai inisiatif pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan positif itu.

“Kadar pengangguran siswazah turut menunjukkan trend memberangsangkan apabila menurun daripada 9.4 peratus pada 2020 kepada 7.1 peratus pada 2024,” kongsinya.

Dalam pada itu, pembangunan taman perindustrian baharu termasuk yang berteraskan ekonomi biru dan industri bernilai tinggi dijangka terus memperkukuh pasaran pekerjaan serta membuka lebih banyak peluang kepada anak muda dan graduan Sabah.

“Pertumbuhan ekonomi yang dicapai bukan sekadar diterjemahkan dalam bentuk angka, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui peningkatan peluang pekerjaan dan taraf hidup yang lebih baik,” ujarnya.

Related Posts

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

IPOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 480.60 gram, minggu lalu. Teoh Wai Loon, 44, dan isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

BENTONG – Kerajaan Pahang menyediakan peruntukan RM916,000 melalui Geran Usahawan Makmur dan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STeP) 2026 bagi meningkatkan kualiti dan daya saing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Edar 480.60 gram dadah, suami isteri dihadapkan ke mahkamah

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Pahang sedia RM916,000 melalui geran usahawan STeP

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar