Wanita didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan Pahang tanam durian

KUANTAN – Seorang pengusaha kebun durian didenda RM80,000 di Mahkamah Sesyen Raub, hari ini, selepas mengaku salah atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Pertang, Mukim Gali, Raub, kira-kira dua tahun lalu.

Hakim Puan Noor Zaihan Mohamad Ali turut memerintahkan tertuduh, Yong Lai Kien, 48, dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, susulan Ops Sekat Musang King dijalankan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 9 Ogos 2024, wanita terbabit didapati menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri.

Serbuan di kawasan Sungai Pertang, Mukim Gali itu mendapati terdapat sebuah rumah kebun serta kawasan tanaman pokok durian diusahakan.

Hasil siasatan mendapati tertuduh menduduki dan menggunakan tanah itu tanpa memperoleh kebenaran sah pihak berkuasa negeri sebelum tindakan pendakwaan diambil.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Muqris Alif Zairiasdi dan Nurul Ain Wozzari manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Harris Mohan.

Related Posts

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih