RM30,000 disalur perkasa Pesta Medamit sebagai tarikan pelancongan

LIMBANG – Penganjuran Pesta Medamit 2026 di Pekan Medamit pada Ahad terus diangkat sebagai platform penting bagi memupuk keharmonian serta perpaduan masyarakat berbilang kaum di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Palu Ngumbang berkata, keunikan masyarakat setempat telah melahirkan pelbagai pesta budaya yang kini menjadi milik bersama.

Menurutnya, ini dibuktikan menerusi penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam perayaan seperti Pesta Babulang dan Lumba Kerbau, Makan Tahun masyarakat Kedayan, Pesta Bedudun, serta Pesta Nuba Laya.

“Semua perayaan ini bukan sahaja disertai oleh masyarakat yang menganjurkannya, malah mendapat sambutan pelbagai kaum. Semangat perpaduan dalam kepelbagaian ini perlu terus dipupuk demi generasi masa depan,” katanya ketika merasmikan Pesta Medamit 2026.

Mengulas isu luar bandar, Paulus memaklumkan bahawa krisis gangguan bekalan elektrik di daerah itu berpunca daripada kerosakan enam unit jana kuasa, selain lima unit lagi mengalami pencemaran bahan api.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan masalah tersebut diatasi sementara menggunakan set jana kuasa mudah alih dari Lawas dan Johor, sebelum Limbang disambungkan sepenuhnya ke Grid Negeri pada Julai depan.

Menyentuh soal prasarana, beliau menegaskan pelbagai perancangan di bawah Premier Sarawak kini sedang menampakkan hasil, namun menuntut kesabaran rakyat kerana proses perancangan pembangunan memerlukan masa.

Dalam majlis yang sama, Paulus mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Pampang Limbang selaku penganjur utama.

Dana tersebut disalurkan bagi menyokong usaha SADIA menyenaraikan Pesta Medamit, yang berjaya menarik 132 peserta dalam acara lumba bot laju, ke dalam kalendar pelancongan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Selain acara kebudayaan dan sukan, penganjuran kali ini turut memberi nilai tambah menerusi program pemantapan kepemimpinan khusus untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Related Posts

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

BENTONG – Kerajaan Pahang menegaskan bahawa tiada perkhidmatan ejen atau orang tengah dilantik bagi menguruskan permohonan geran usahawan yang disediakan kerajaan negeri. Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

Kerajaan Pahang tidak lantik ejen urus permohonan geran usahawan

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Pelaburan TH: Mengapa risiko berkaitan Jho Low tidak dihalang?

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti